gambar ahli kumpulan KDP-4 Minggu

gambar ahli kumpulan KDP-4 Minggu

Monday 18 July 2011

PERBAHASAN-Aktiviti Kokurikulum Pelengkap Kecemerlangan Pelajar

Penekanan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merupakan satu kaedah yang berkesan dalam usaha mengasah kemahiran generik di kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kepada kitaran pendidikan yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang merupakan wadah bagi pembinaan jasmani, emosi dan rohani. Di samping itu penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut akan dapat menerapkan beberapa elemen penting seperti disiplin kendiri, kepemimpinan, keusahawanan, kreativiti, inovasi dan kecintaan terhadap alam semulajadi. lanya juga secara tidak langsung dapat memupuk kepada pembentukan semangat kewarganegaraan, kesetiaan kepada bangsa dan negara serta integrasi nasional yang akan membantu pelajar menentukan halatuju kehidupan mereka dan masa depan negara.

Saya melihat jika kita dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di sekolah, kita akan dapat membantu pengembangan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan kokurikulum disebut sebagai ‘kegiatan kumpulan’ yang merangkumi aktiviti seperti kelab mata pelajaran, kegiatan kesusasteraan, olah raga, permainan dan latihan.

Secara keseluruhan ada 126 jenis kegiatan kokurikulum yang boleh dipilih pelajar merangkumi pasukan pakaian seragam sebanyak 23 jenis, persatuan dan kelab, 51 jenis, persatuan sukan dan permainan, 24 jenis

Sebagai satu kegiatan kumpulan, penyertaan yang aktif boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) mereka. Dengan kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi di kalangan anak kita dapat dipertingkatkan lagi.

Dalam pasukan pakaian seragam misalnya, aktiviti berkumpulan ini akan meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar.

Penyertaan dalam kelab mata pelajaran pula boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang. Peningkatan peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum boleh mengelakkan kurikulum daripada terus terbeban (overloaded).

Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan pula boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, selain membudayakan cara hidup sihat. Dengan bimbingan, prasarana dan pendedahan yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan semangat bersaing pelajar ke tahap kecemerlangan seperti kejayaan pasukan pancaragam Sekolah Alam Shah dan pasukan F1 Technology Challenge Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas pada peringkat antarabangsa.

Kita juga melihat pentingnya peranan kokurikulum dalam mengeratkan perpaduan di kalangan anak kita. Insya-Allah tidak lama lagi kita melancarkan program Perancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) berasaskan pertandingan F1 in Schools dan Robotik di mana ahli setiap pasukan F1 in Schools dan Robotik ini terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India. Anggota setiap pasukan terdiri daripada murid sekolah berlainan aliran (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina atau Tamil). Semoga dengan pendekatan ini, generasi muda negara akan lebih toleran dan reseptif dalam mengharungi kehidupan di negara majmuk seperti Malaysia.

Saya yakin jika kita dapat merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum ini dengan baik, ia boleh membantu meningkatkan bina upaya anak selain menjadikan persekitaran sekolah menyeronokkan.
para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH) Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH) Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. (A Hrpn) Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn) Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlan

BUKTI

jika dilihat kepada latar belakang pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM sepanjang beberapa tahun ini, boleh dikatakan kita agak berjaya dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Nur Amalina misalnya, cemerlang dalam akademik dengan 17A1 dan turut cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Bukan beliau seorang saja, malah ramai lagi pelajar cemerlang mempunyai pembabitan baik dalam kedua-dua bidang.

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajarpelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).

Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990).

Hujah 1:

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini iaitu

1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan kokurikulum;

2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut, dan

3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar.

Dalam kajian ini 200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan membina daya kepimpinan seseorang pelajar

Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.

Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anakanak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guruguru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit bilangannya

No comments:

Post a Comment