gambar ahli kumpulan KDP-4 Minggu

gambar ahli kumpulan KDP-4 Minggu

Monday 4 July 2011

SINAR YANG KUSAM


Panggilan lembut dan lesu seorang ibu memecah kesunyian yang bertaut di rumah batu di kawasan perancangan FELDA.Keadaan fizikal perempuan itu ibarat pelita yang sentiasa menerangi cahaya rembulan di malam hari.Dia dengan sepenuh kudrat mencurahkan kasih sayang dan belaian sutera kepada dua orang anaknya.Hasil perkhawinan dengan seorang lelaki tampan lagi cerdik,dia mendapat sepasang cahaya mata.Beberapa bulan setelah mereka diijabkabulkan,hidupnya penuh dengan sinar-sinar yang sentiasa bergemerlapan bak kristal yang diambil dari perut bumi.”Hmm...itu semua  sudah berlalu...,” kata hati kecilnya yang amat mendambakan secebis bahagia yang bakal melakarkan usia penghujungnya.Rumah tangga yang utuh hanya bertahan selama sebulan setengah.Suami yang sebenarnya bertopengkan iblis telah menampakkan wajah sebenar.Dia giat menghabiskan masa dalam aktiviti perjudian.Air setan yang dianggapnya air syurga  menjadi teman setia ketika dia berjudi.
“Hahhahhahh...kahkahkahkah...aku menang lagi!!”Bunyi hilai tawa keasyikan memenuhi segenap ruang bilik gelap di sebuah pusat hiburan yang terletak di pusat bandar.Isteri di rumah diabaikan.makan minum anak-anak tidak diambil peduli.Pulang ke rumah hanya untuk menambahkan parut dan lebam di badan isteri yang bagaikan mayat hidup.Dia dibelasah,dilepang dan diterajang kerana tiada wang untuk pertaruhan.Sesekali dia menang dalam pertaruhan,tetapi tidak sampai matahari terbenam,wang tersebut lesap dijoli sana sini.
Acap kali Khairul dan Syaza melihat ibunya dijadikan tempat melepaskan buku lima.Selama mereka membesar,selama itulah mereka mendengar rintihan dan tangisan lemah insan yang bergelar isteri dan ibu.
“Abang...tolonglah...tak tertahan rasanya menanggung sakit ini bang...kasihanilah saya bang...” Pujuk rayu yang langsung tidak memberi kesedaran malah menambah lagi marah lelaki dayus itu.
“Bedebah betul! Jantan tak guna!” Itulah keluhan Khairul dan Syaza yang tidak mampu berbuat apa-apa.Hati mereka mendongkol geram melihat tindakan dan gelagat tidak berperikemanusiaan itu.Genap umur Khairul 18 tahun,berbekalkan pengetahuan yang cetek,dendam yang membara dan azam untuk membantu ibunya,dia pergi mencari pekerjaan dan menongkah ke alam baru yang belum pernah dijejakinya.Sebelum melangkah Khairul sempat berpesan kepada Syaza,
“Kau tolonglah jaga ibu.Jangan lagi biarkan jantan jahanam itu menambah lebam di badan ibu walau sedikit pun.” Berat hatinya ingin meninggalkan ibu dan adik tersayang namun dia tiada pilihan.
Khairul bertemu dengan seorang pemuda.Segak bergaya,tampak kemas dan berkedudukan orangnya.
“Kau sedang mencari kerja,”sapa pemuda itu.
“Ya,”jawab Khairul ringkas.Setelah pemuda itu memperkenalkan  dirinya sebagai Joy,dia menawarkan kepada Khairul satu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil lumayan.Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Khairul terus bersetuju menerima tawaran itu walaupun dia sebenarnya masih kurang jelas dan dalam kebingungan.Berkali-kali Khairul bertanyakan apakah pekerjaan itu sebenarnya.Joy hanya senyum sinis dan seolah-olah merahsiakan sesuatu.
“Betulkah dia ni? Aku diperbodohkan atau aku memang bodoh mengikut sahaja orang yang aku tak kenal? Ah,biarkanlah!Pemuda ini nampak macam baik...” Khairul tertanya-tanya sendiri.Di satu ruang yang menempatkan berpuluh-puluh deretan motosikal dan penunggang-penunggangnya, Khairul terpaku.Hatinya diulit resah dan gabra sekiranya mat-mat motor ini merupakan konco-konco Joy yang ingin menjadikannya mangsa.Tiba-tiba, “Hei,inilah kawan-kawan baru kau.Kau boleh join dia orang ni,”setelah Khairul diperkenalkan kepada rakan-rakan itu, Joy berkata lagi, “inilah pekerjaan kau yang baru.Mudah saja nak dapat duit,hanya dengan berlumba.Jika kau menang Top 3,dapatlah kau hadiah yang lumayan.Tapi,jika kau dapat bawah daripada itu,hadiahnya sedikit ajelah,”terang Joy panjang lebar.
Khairul tidak sabar-sabar untuk memulakan pekerjaan tersebut.Pada mulanya dia merasa agak ralat dan sedikit


1 comment:

  1. 188bet: Best bet in Nigeria | Best Football Prediction Site
    188bet is a reliable 188bet and reliable sports betting site in Nigeria. Find out more 온카지노 about the betting markets, promotions and the best bookmaker

    ReplyDelete